9.8.05

Tragedi Sendiri Cari

"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza
Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin
Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi
Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi
Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-
Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu
Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel
Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung
Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan
Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada
Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata
Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil
Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi
Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu
Juga Dengan Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung,"
Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak
Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin
Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak
Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya.
Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda
Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua
Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa
Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya
Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-
Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit
Kita Sampai Kampung Nanti."

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa...
Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba
Memujuk Usin Supaya Memperlahankan
Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus
Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-
Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?"
Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas
Ekspres Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok
Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk
Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke
Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk
Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam
Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan.....
BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar
Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia
Terlihat Emaknya Di Situ.

"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza
Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya
Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin
Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin
Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin
Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh
Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam.
Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun
Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi
Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi
Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil
Berlalu Keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam
Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun
Di Dalam Mimpi

Tiada ulasan:

My Headlines