Kemusykilan Agama: Perbandingan aurat suara pada wanita
DALAM pertandingan tilawah al-Quran baru-baru ini, qariah ada memperdengarkan bacaan mereka.
Tetapi dalam hal ini suara mereka bukanlah dikira sebagai aurat. Dalam keadaan apakah suara wanita itu adalah aurat dan apakah dalil-dalilnya?
Ingin tahu,
Melalui e-mel
MENGENAI suara, wanita memang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqah. Ada yang mengatakan suara wanita termasuk aurat.
Ada juga yang mengatakannya bukan termasuk aurat.
Sesungguhnya suara wanita itu pada prinsipnya bukanlah aurat. Sedangkan aurat suara wanita sebenarnya terletak kepada kemerduan dan kelembutan suaranya yang boleh menggoda kaum lelaki bukan kepada suara wanita itu sendiri.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud: "Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki ajnabi kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)".
25.9.05
24.9.05
Masjid Biru lambang keunggulan kejuruteraan Islam
Masjid Biru lambang keunggulan kejuruteraan Islam Empayar UthmaniyahMASJID Sultan Ahmad Camii atau Masjid Biru, antara masjid unik dan tercantik di dunia, menjadi tempat yang mesti dilawati setiap pengunjung yang berkesempatan menjejakkan kaki di kota Istanbul, Turki. Pandangan udara masjid itu begitu mengagumkan dengan enam menara, sebuah kubah besar yang cantik disokong empat tiang serta beberapa kubah kecil di kelilingnya, dihiasi dengan taman indah. Keunikan Masjid Biru terletak pada pancaran warna biru hasil hiasan dalaman 20,000 marmar biru serta 20,000 tingkap kaca berwarna. Masjid Biru dibina oleh Sultan Ahmet I yang mengarahkan arkiteknya, Mehmed Aga untuk membina sebuah masjid pada 1606 dan siap sepenuhnya pada 1616. Kedudukannya bersebelahan dengan Hagia Sophia, gereja tertua di dunia dari zaman Byzantium. Diceritakan kononnya, Mehmed Aga ingin membina kubah masjid yang lebih besar menandingi Hagia Sophia, tetapi tidak berjaya menyebabkan beliau membina kubah dan menara yang begitu cantik sekali. Hakikatnya, masjid itu sengaja dibina mengadap gereja untuk menunjukkan Empayar Uthmaniyah serta seni bina Islam mampu bersaing dengan rekaan arkitek Kristian. Sememangnya dua bangunan itu mengandungi elemen keunikan dan seni bina bersejarah. Menurut ceritanya lagi, Sultan Ahmad I mahukan menara masjid yang diperbuat daripada emas atau dalam bahasa Turki dipanggil �altin�, tetapi arkitek tersalah dengar baginda berkata �alti� yang bermaksud enam. Maka dalam keadaan ketakutan, Memhed bertanya kepada Sultan adakah beliau akan dipancung, jawapan Sultan, beliau suka dengan enam menara yang dibina dan pada waktu itu tiada sultan yang mempunyai masjid dengan enam menara. Asas struktur masjid dengan kiub berukuran 64 meter kali 72 meter. Tujuannya apabila umat Islam mendirikan solat, mereka menghadap Makkah dengan berpandukan mihrab atau relung dalam masjid itu. Kiub diletakkan di atas dengan sistem menaik ke kubah, dengan kemuncaknya pada kubah tengah, yang berukur lilit 33 meter dan 43 meter tinggi pada garis sudut pusat. Secara keseluruhannya pada kubah itu memperlihatkan unsur keharmonian yang mententeramkan sesiapa yang memandangnya. Bersebelahan masjid biru terletak dataran Hippodrome yang menyimpan ribuan tahun tugu peringatan dari bangsa-bangsa yang pernah memerintah Istanbul. Selain itu, di kawasan masjid yang luas turut dibina air pancuran tempat jemaah mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. Di tengah pekarangan masjid, ada tangga marmar yang cantik menuju ke pekarangan utama masjid, dibina menggunakan batu marmar dibawa dari Pulau Marmara. Tatkala memasuki masjid, pasti terpandang pintu pagar daripada kayu dihiasi rekaan geometri di tengah-tengahnya dengan bentuk bintang yang melambangkan kesenian Turki pada awal abad ke 11. Pandangan akan terpukau sebaik melangkah masuk ke dalam masjid yang dihiasi marmar dan lampu gantung berwarna biru, sebab utama kenapa masjid itu dinamakan Masjid Biru. Masjid ditutup selama satu hingga satu setengah jam kepada pelawat pada waktu solat. Justeru, pengunjung atau pelancong digalakkan menziarahi masjid pada waktu pagi dan sebelum jam 4 petang. |
21.9.05
Pelajar Darul Quran - Dibiayai kerajaan sepenuhnya
Bicara Agama
Pelajar Darul Quran - Dibiayai kerajaan sepenuhnya
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
MOHAMAD MURNI AWANG MAT.
SESUNGGUHNYA Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan ar-Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadr:1-5)
Pada malam Lailatul qadar, iaitu malam yang nilainya lebih dari seribu bulan, al-Quran diturunkan. Para malaikat dan Jibril turun ke dunia untuk mengatur segala urusan. Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran, Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. (Al-'Alaq:1)
Segala rahsia dan keistimewaan terkandung di dalam al-Quran yang merupakan petunjuk dan panduan kepada umat manusia. Justeru, mempelajari dan mendalaminya adalah satu tuntutan dalam Islam.
Menyedari betapa pentingnya usaha melahirkan para ilmuan dan cendekiawan Islam dengan kemampuan menghafaz al-Quran, di samping menguasai cabang ilmu yang lain, sebuah institusi khusus untuk mendidik hafiz dan hafizah ditubuhkan pada 1 Mac 1966.
Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pada awalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat, memulakan kelas pertamanya di Dewan Syarahan Masjid Negara dengan bilangan pelajar seramai lapan orang.
Pada masa itu, ia diterajui oleh pengetuanya yang pertama, Sheikh Mohd. Noor Ibrahim. Antara penuntut terawalnya ialah Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz yang pernah menjadi pengetua sekitar 1970.
Jika dilihat, kronologi penubuhannya tercetus ketika Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan Masjid Negara pada 1966.
Malah, saranan itu juga datangnya daripada Syeikhul Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut ekoran pertandingan Musabaqah al-Quran yang diadakan sejak 1960.
Selama empat tahun menimba ilmu, kumpulan pertama Institut Pengajian al-Quran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Maahad Qiraat al-Azhar Syubra bagi mengikuti kelas Marhalah Tajwid.
Rayuan
Bagaimanapun, mereka mengemukakan rayuan untuk mengikuti kelas Marhalah Takhassus. Sebaliknya pada tahun 1974, graduan seterusnya ditawarkan ke Marhalah Aliyah.
Institut Pengajian al-Quran menukar namanya kepada Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat pada 1972. Selama 12 tahun berada di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urus setia Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam di Malaysia, akhirnya ia diletakkan di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1979 bagi tempoh setahun.
Sekian lama berada di Dewan Syarahan Masjid Negara, Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat dipindahkan ke bangunan Jabatan Kerja Raya 588/33, Jalan Chenderasari dengan seliaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (Indah) sehingga 1983.
Pada awal 1984, ia dipindahkan pula ke bangunan Jabatan Kerja Raya 500/34 di lokasi yang sama dan lahir sebagai sebuah cawangan di bahagian agama dengan organisasinya sendiri.
Pada tahun itu juga, sekali lagi nama Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ditukar kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat dan berpindah ke bangunan Pusat Islam pada 28 Januari 1985.
``Setelah mengalami pelbagai perubahan sepanjang 24 tahun, institut ini mula menerima 11 pelajar perempuan bagi kelas pengajian Tahfiz dan Qiraat. Mereka ditempatkan di Asrama Tunku Kursyiah, Jalan Pantai sebelum berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail.
`'Tidak berapa lama kemudian, mereka berpindah lagi ke Jalan Gurney dan Wisma Zubaidah, Kampung Baru,'' jelas Pengarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mohamad Murni Awang Mat.
Menurut beliau, Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat dinaik taraf menjadi salah satu bahagian di Jakim dan menukar namanya kepada Darul Quran pada 1997.
Sejurus selepas itu, pada 19 November 1998, mereka memulakan pengajian di kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.
``Pertukaran nama kepada Darul Quran turut mengubah sistem pengajian daripada sistem penggal kepada semester yang bersesuaian dengan sistem yang diamalkan di universiti pada masa itu,'' ujar beliau yang baru memulakan tugas pada Mei lalu.
Di antara kemudahan yang disediakan di kompleks seluas 90 hektar itu ialah bangunan pentadbiran, bilik kuliah, auditorium, perpustakaan, masjid, kuarters pensyarah dan asrama pelajar.
Malah, tambah mendamaikan, wujudnya tasik semula jadi di persekitaran masjid dan perpustakaan. Tidak ketinggalan pemandangan hijau dan berbukit-bukau yang boleh dilihat di sekeliling kawasan itu.
``Umpama lembah hijau yang cukup tenang, suasana di sini banyak membantu merangsang minat para pelajar. Tambahan pula, ia jauh daripada kebisingan bandar.
`'Bukan senang untuk menghafaz al-Quran. Malah jadual kuliahnya cukup padat di samping beberapa aktiviti kokurikulum yang perlu mereka ikuti,'' ujar Mohamad Murni mengenai lokasi baru Darul Quran.
Tambahnya, bermula 6 Januari 2000, Darul Quran Jakim dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program Sijil Tahfiz Al-Quran khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia aliran sains tulen.
Mereka akan mengikuti pengajian selama 18 bulan sebelum menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi UIAM dalam bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi dan senibina.
Memorandum persefahaman antara Jakim dan UIAM disempurnakan pada 8 Mac lalu.
``Jika boleh pada masa hadapan, kami berharap dapat melahirkan para doktor, jurutera, arkitek, ahli farmasi dan saintis yang berkebolehan menghafaz al-Quran.
`'Ini akan menjadikan ilmu sains yang mereka pelajari lebih berharga dan bernilai serta dapat dikongsi bersama dengan masyarakat,'' jelasnya mengenai objektif utama program tersebut.
Pengajian sesi Mei 2001, Darul Quran turut memperkenalkan program baru, iaitu Diploma Tahfiz al-Quran Wa Dakwah. Manakala program Diploma Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat disusun semula daripada 153 jam kepada 95 jam kredit.
Pada masa ini, Darul Quran mempunyai jumlah penuntut diploma seramai 473 orang, manakala program sijil, 98 orang.
``Kelayakan Syahadah Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 16 April 1983, yang setaraf dengan Diploma Universiti Teknologi Mara.
`'Dengan itu, lepasan institut ini boleh memohon ke jawatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan kerajaan,'' ujar beliau.
Bagi mendidik dan melahirkan tenaga muda dalam hafazan al-Quran, Jakim mengambil inisiatif dengan menghantar rombongan ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk mendapatkan pengiktirafan diploma Darul Quran pada 1995 agar para pelajar boleh meneruskan pengajian di fakulti yang bersesuaian.
Hasilnya, Diploma Darul Quran diiktiraf setaraf dengan peringkat Aliyah (Tinggi) di Maahad Qiraat al-Azhar al-Syariff dan boleh menyambung pengajian di peringkat Takhassus.
Malah, lepasan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat juga boleh mengikuti pengajian di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Islam Antarabangsa; Kolej Universiti Islam Malaysia dan Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia.
``Para pelajar di sini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan termasuklah yuran pengajian, peperiksaan dan penggunaan kemudahan kecuali makan minum, pakaian rasmi dan buku kuliah. Selain itu, mereka juga diberi biasiswa RM250 setiap bulan,'' jelas beliau mengenai pembiayaan kewangan penuntut Darul Quran.
Sebagai sebuah institusi pengajian agama tertua di Malaysia yang menawarkan program diploma, Darul Quran banyak memberikan sumbangan kepada agama, negara dan bangsa, terutama dari segi pembangunan keinsanan.
Usianya yang mencecah 40 tahun membuktikan keunggulannya menerajui pengajian hafazan al-Quran kepada generasi muda negara, di samping berusaha memartabatkan pengajian agama Islam di mata dunia.

Menyembah patung anak lembu - Menganiaya diri sendiri
Oleh DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
SYED Qutb dalam Fi Zilal al-Quran berkata: ``Ayat yang berikut menjelaskan betapa perlu adanya satu langkah pembersihan yang serius kerana tabiat yang merosakkan ini tidak dapat diperbetulkan, melainkan dengan tebusan dosa yang berat dan hukuman yang keras, sama ada dari segi cara perlaksanaan atau dari segi hakikat.
Allah s.w.t. meneruskan lagi berhubung kurniaan nikmat terhadap Bani Israel sebagaimana firman-Nya dalam ayat berikut:
DAN (KENANGKANLAH) KETIKA KAMI TURUNKAN KEPADA NABI MUSA KITAB (TAURAT) DAN KETERANGAN-KETERANGAN (YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA, YANG MEMBEZAKAN ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH), SUPAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK.
DAN (KENANGKANLAH) KETIKA NABI MUSA BERKATA KEPADA KAUMNYA: ``WAHAI KAUMKU! SESUNGGUHNYA KAMU TELAH MENGANIAYA DIRI KAMU SENDIRI DENGAN SEBAB KAMU MENYEMBAH PATUNG ANAK LEMBU ITU, MAKA BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH YANG MENJADIKAN KAMU; IAITU BUNUHLAH DIRI KAMU. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH BAIK BAGI KAMU DI SISI ALLAH YANG MENJADIKAN KAMU, SUPAYA ALLAH MENERIMA TAUBAT KAMU ITU. SESUNGGUHNYA DIA LAH YANG MAHA PENGAMPUN (PENERIMA TAUBAT), LAGI MAHA MENGASIHANI. (Surah al-Baqarah ayat 53-54)
Firman Allah: `Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah)', iaitu ingatlah nikmat-Ku, juga ketika Aku kurniakan kepada Musa, Kitab Taurat yang menjadi pemisah antara kebenaran dengan kebatilan, dan Aku perkuatkannya dengan mukjizat. `Ataf di sini pada firman Allah Taala, (al-Kitab dan al-Furqan) dikenali sebagai `ataf sifat, sebahagiannya atas sebahagiannya. Ini kerana, kitab ialah Taurat dan Furqan, ia merupakan Taurat juga dan baiknya `ataf di sini kerana maknanya bahawa Allah mengurniakan kepada Musa yang menghimpunkan antara Kitab yang di turunkan dan Furqan ( pembeza ) yang membezakan antara kebatilan dengan kebenaran. Inilah pendapat al-Zajjaj dan al-Zamakhsyari.
Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti melalui kitabnya, Adhwa' al-Bayan berkata: ``Zahir pada maknanya ialah bahawa Furqan itu ialah kitab yang dikurniakan kepada Musa dan sesungguhnya di`atafkan atas dirinya sebagai penurunan untuk berlainan sifat, mengambil tempat berlainan zat kerana kitab itu ialah Taurat, disifatkan dengan dua perkara:
1. Bahawa ia termaktub, Allah menulisnya bagi nabi-Nya, Musa a.s.
2. Bahawa ia pembeza antara kebenaran dengan kebatilan. Justeru, `ataf Furqan ke atas kitab bahawa ia bermaskud yang sama kerana melihat berlainan dua sifat. Ini kerana orang Arab biasa meng`atafkan sesuatu atas dirinya sendiri, sedangkan berlainan lafaz semata-mata.''
Di dalam Zad al-Masir, karangan Ibn al-Jauzi, beliau mengemukakan lima pendapat pada maksud al-Furqan:
1. Bahawa ia bermaksud kemenangan. Inilah pendapat Ibn `Abbas dan Ibn Zaid.
2. Bahawa apa yang ada pada Taurat mengenai perbezaan antara kebenaran dengan kebatilan. Maka ia dianggap Furqan yang menjadi sifat bagi Taurat. Inilah pendapat Ibn `Aliyah.
3. Bahawa ia adalah al-Kitab dan diulangkannya dengan lafaz yang berbeza. Inilah pandapat Mujahid dan dipilih oleh al-Farra' dan al-Zajjaj.
4. Bahawa ia membelah laut untuk mereka. Inilah pendapat al-Farra', al-Zajjaj dan Ibn al-Qasim.
5. Bahawa ia adalah al-Quran. Justeru, makna kalam ini, sesungguhnya Kami datangkan kepada Musa al-Kitab dan Muhammad dengan al-Furqan. Inilah yang disebut al-Farra' dan ia merupakan pendapat Qutrub.
`Supaya kamu mendapat petunjuk'. Iaitu supaya kamu mendapat petunjuk dengan mentadabbur padanya dan beramal dengannya segala hukum-hakam. Kemudian Allah menerangkan cara bagaimana keampunan berlaku berdasarkan kepada ayat berikut, `Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: `` Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri'. Iaitu ingatlah bagaimana Musa berkata kepada kaumnya selepas pulang daripada berjanji dengan Tuhannya, kemudian dia melihat mereka telah menyembah anak lembu seraya berkata: `Hai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menzalimi diri kamu'.
Ini kerana, dengan menyembah patung anak lembu itu, iaitu dengan cara kamu menyembah kepada lembu sebagai tuhan kamu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu, iaitu bertaubat kepada Pencipta kamu yang selamat daripada sebarang aib dan kekurangan.
Kejahilan
Abu as-Su`ud berkata: ``Dengan menyebut Tuhan yang menciptakan untuk menggambarkan perasaan bahawa mereka telah sampai ke tahap kejahilan yang memuncak dan kesesatan yang paling hujung. Kerana itulah mereka meninggalkan ibadat kepada Allah yang bersifat Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, yang menciptakan mereka dengan penuh kasih sayang. Beribadat dengan lembu diumpamakannya betapa dungunya mereka. Para `arifin bersepakat mengatakan bahawa taubat adalah permulaan `maqam'. Mereka juga bersependapat bahawa taubat juga adalah asas di dalam perjalanan kesufian. Tiada sebarang amal dalam dunia tanpa melalui proses taubat terlebih dahulu.
Taubat mempunyai tiga syarat:
1. Menyesali segala dosa yang telah dilakukan.
2. Meninggalkan terus segala dosa-dosa yang lain.
3. Berazam bersunguh-sungguh tidak akan kembali melakukan dosa-dosa yang telah lalu. Bagi mereka yang bertaubat, zauq yang mereka kecapi adalah berbeza-beza.
Abu Ali al-Daqqaq berkata: ``Taubat terbahagi kepada tiga jenis:
1. Taubat.
2. `Inabah.
3. `Aubah.
Imam al-Qusyairi pula menyebut dalam kitabnya, Risalah al-Qusyairiyyah: ``Seseorang yang bertaubat kerana takut kepada balasan Allah dinamakan taubat. Orang yang bertaubat kerana mengharapkan pahala daripada Allah dinamakan `inabah. Bertaubat kerana menyahut perintah Allah bukan kerana mengharap pahala atau takut pada seksa Allah, dinamakan `Aubah''.
Ada pendapat yang mengatakan, taubat adalah sifat orang yang beriman berdalilkan firman Allah dalam Surah an-Nur Ayat 31 yang bermaksud, Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. `Inabah adalah sifat auliya' al-muqarrabin. Firman Allah dalam Surah Qaf Ayat 33 yang bermaksud, Iaitu orang yang takut (melanggar perintah Tuhan ) yang amat pemurah dalam keadaan ia tidak dilihat orang dan dalam keadaan ia tidak melihat azab Tuhan, serta ia datang ( kepada Tuhannya ) dengan hati yang tunduk taat.
`Aubah adalah sifat para nabi dan rasul. Firman Allah dalam Surah Sad ayat 44 yang bermaksud, Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar, ia adalah sebaik-baik hamba, sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada kami dengan ibadatnya).
Dzu an-Nun al-Misri berkata: ``Taubat orang awam ialah bertaubat daripada segala dosa. Taubat para Khawwas pula ialah bertaubat daripada segala kelalaian.'' Ibn Ata`illah as-Sakandari berkata: ``Taubat itu terbahagi dua:
1. Taubat al-`Inabah, iaitu seseorang hamba itu bertaubat kerana takut kepada balasan azab daripada Allah.
2. Taubat al-Istihyaiyyah, iaitu seseorang itu bertaubat kerana malu kepada kemuliaan Allah Taala.''
Membunuh
`Bunuhlah diri kamu'. Iaitu orang yang tidak menyembah berhala di kalanganmu hendaklah membunuh orang yang menderhaka dengan cara menyembah berhala. Ulama telah khilaf, kepada siapakah arahan ini dengan tiga pendapat:
1. Ditujukan kepada semua seperti kenyataan as-Suddi daripada guru-gurunya.
2. Ucapan ini kepada sesiapa yang tidak menyembah anak lembu untuk membunuh sesiapa yang menyembahnya. Inilah pendapat Muqatil.
3. Ucapan ini ditujukan kepada penyembah sahaja, dengan cara mereka diperintahkan supaya membunuh antara satu sama lain. Inilah pandapat Abu Sulaiman ad-Dimasyqi.
Syed Qutb berkata: ``Bunuhlah diri kamu'' yakni hendaklah yang taat membunuh yang derhaka untuk membersihkan diri masing-masing. Demikianlah menurut riwayat-riwayat mengenai tebusan dosa yang amat berat itu. Memanglah satu tugas yang amat sukar dan berat apabila seseorang itu diperintah membunuh saudaranya, kerana ini bererti seolah-olah membunuh diri sendiri dengan kerelaannya, di samping merupakan hukuman tebusan dosa, ia juga merupakan suatu pendidikan untuk membetulkan tabiat mereka yang begitu rendah dan kosong, iaitu tabiat yang tidak dapat melarang dan menahan satu sama lain daripada kejahatan dan kemungkaran. Andainya mereka dapat menahan satu sama lain daripada kemungkaran semasa pemergian Musa, tentulah mereka tidak menyembah patung anak lembu. Dan oleh kerana mereka tidak dapat menahan satu sama lain dengan perkataan, maka hendaklah mereka menahan satu sama lain dengan mata pedang, dan hendaklah mereka membayar balasan yang berat itu yang akan memberi manfaat dan didikan kepada mereka.
Ibn Abbas sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya, al-Nukat wa al-`Uyun berkata: ``Telah duduk mereka yang menyembah anak lembu, dan mereka yang tidak menyembah berdiri dengan mengambil pisau sabit. Dan ketika itu berlaku kegelapan sehingga menjadikan sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain, sehingga apabila hilangnya kegelapan, didapati 70,000 orang telah dibunuh pada satu ketika pada hari tersebut. Dan mereka menyeru pada ketika itu: ``Semoga Allah merahmati hamba yang bersabar sehingga Allah sampaikan keredhaan-Nya''. Musa dan Bani Israel merasa sedih atas pembunuhan tersebut, lantas Allah Azza Wajalla mewahyukan kepada Musa seraya berkata: ``Jangan bersedih. Adapun siapa yang dibunuh di kalangan kamu, maka sebenarnya mereka hidup di sisiku dan diberi rezeki. Dan adapun yang masih hidup pasti diterima taubatnya.'' Justeru, bergembiralah Bani Israel dengan berita tersebut.
Yang demikian itu, iaitu dengan cara membunuh sudah tentu, lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, iaitu Allah meredhaimu dengan hukuman Allah, dan kamu turun serta patuh arahannya adalah lebih baik bagimu di sisi Tuhan yang bersifat sebagai Pencipta yang Maha Besar, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Iaitu Allah menerima taubat kamu. `Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani'. Iaitu Allah bersifat amat besar keampunan dan amat luas taubah-Nya.
* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

13.9.05
Boleh cium tangan selagi mengikut adab - Tokoh agama
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan YUSRI SAHAT
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Beberapa tokoh agama termasuk para mufti hari ini sependapat perbuatan mencium tangan selain daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan ajaran Islam selagi ia dilakukan mengikut adab dan disiplin yang betul.
Mereka bagaimanapun berkata, mengikut ajaran Islam, perbuatan tersebut adalah diutamakan kepada anak dan ibu bapa; suami dan isteri; murid dan guru atau orang biasa dan para alim ulama.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, amalan mencium tangan orang lain selain daripada ibu bapa tidak dilarang dalam agama selagi ia bukan bertujuan menyembah atau mendewa-dewakan seseorang.
``Perbuatan (mencium tangan ketika bersalaman) pada dasarnya bertujuan memberi penghormatan kepada seseorang di atas jasa atau keluhuran peribadinya.
``Tetapi penghormatan yang diberi itu biarlah atas tujuan yang baik, bukan untuk menyembah sehingga sanggup rukuk ketika bersalaman,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau diminta mengulas arahan Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah supaya rakyatnya tidak mencium tangan baginda apabila bersalam.
Baginda menjelaskan, perbuatan itu merupakan amalan yang bertentangan dengan hukum Islam dan merendahkan martabat seseorang.
Nooh berkata, ada beberapa disiplin lain yang perlu diikuti oleh umat Islam ketika bersalam dengan seseorang iaitu:
* Semasa menghormati (mencium tangan) tidak boleh dilakukan sehingga had rukuk.
* Penghormatan yang diberikan tidak menampakkan orang yang dicium tangan itu menjadi sombong atau bongkak.
* Orang yang dicium tangan itu adalah muhrimnya.
``Namun begitu, bagi tujuan kewarakan, jika seseorang itu mahu mengelak untuk dicium tangannya ketika bersalaman, maka itu adalah lebih baik,'' tambahnya.
Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria berkata, walaupun perbuatan itu hanya digalakkan kepada orang-orang tertentu tetapi Islam tidak melarang umatnya untuk mencium tangan orang lain termasuk pemimpin.
``Tidak pula ada larangan berbuat demikian selagi selari dengan tuntutan syarak. Ketika bersalam itu biarlah muka orang yang disalam itu dipandang, jangan dia rasa terhina pula,'' ujarnya.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib pula berkata, umat Islam perlu mengelak daripada kaedah-kaedah bersalaman yang tidak sesuai dengan tuntutan Islam seperti berlaga hidung, mencium pipi atau mencium bahu.
``Janganlah perbuatan menghormat itu dilakukan secara berlebih-lebihan. Ia mesti berbalik kepada tujuan asalnya dan yang penting jangan melebihi adab kemanusiaan,'' katanya.
Mufti Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin pula berkata, banyak perkara perlu dikupas dan bincangkan sebelum sebarang keputusan berhubung amalan tersebut dibuat.
Sehubungan itu katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan mengadakan perbincangan mendalam berhubung amalan tersebut yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.
``Saya belum mahu lagi memberikan ulasan lanjut mengenai perkara ini kerana bab ini amat panjang untuk dibicarakan,'' jelasnya.[UTUSAN]

7.9.05
Edisi Timur: Ayah Pin dakwa ajarannya lebih mudah
Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassan
KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan ajaran sesat, Ariffin Mohamad, 65, yang masih lesap dikatakan seorang lelaki kasanova yang cukup mementingkan diri sendiri dan licik memperdayakan pengikutnya dengan 22 ajaran gila yang tidak masuk akal.
Apa yang menghairankan, ajarannya sanggup diikuti pengikut fanatik dengan ajarannya didakwa lebih mudah daripada Islam.
Malah, Ariffin atau Ayah Pin dikatakan sudah berjaya menanam ajaran gila ciptaannya dalam hati pengikut sehingga ada antara mereka yang `berpatah arang' dan melihat masyarakat Islam di sekeliling mereka sesat.
Ayah Pin dikatakan mencipta ajaran baru itu selepas 25 ajaran gila yang dijaja kepada pengikutnya dari 1980-an hingga 1997 dibongkar dan difatwakan pihak berkuasa sebagai sesat.
Harian Metro 24 Ogos lalu melaporkan mengenai ajaran baru itu yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohamad Wan Hassan, pada sidang Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata, 22 ajaran itu dibongkarkan selepas siasatan dijalankan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) terhadap pengikut dan penduduk sekitar ‘Kerajaan Langit’.
Menurut ajaran itu juga, Ariffin dipercayai cuba memperhebatkan ajarannya dengan pelbagai dakwaan yang mengajak pengikutnya berfantasi dengan sesuatu tidak ada dalam Islam.
Sebagai contoh, pengikut yang tinggal di markasnya kononnya wali dan ghaib, manakala pengikut yang setia dihadiahkan seorang puteri.
Bagaimanapun, ajaran dan kepercayaannya terbukti karut dan dicipta semata-mata mengikut selera dan kepentingannya selepas ‘Kerajaan Langit’ diranapkan pihak berkuasa tanpa sebarang halangan pada 31 Julai lalu.
Malah, dia dan isteri pertamanya masih menghilangkan diri serta langsung tidak menampakkan batang hidung apabila pengikutnya terkapai-kapai dalam kegelapan sebelum tiga isterinya turut ditahan.
Sebelum ini, bilik tidak berbumbung di markasnya dikatakan digunakan setiap malam bulan mengambang bagi menyinari tubuh pangikutnya ketika upacara pengampunan atau bertaubat.
Dalam upacara itu, pengikut lelaki akan berbaiah (berikrar) dengan ‘tuhan’ (Ariffin sendiri), iaitu berjabat tangan dengannya.
Malah, pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang dikatakannya tidak suci dan untuk mendapat lebih berkat, perlu bersetubuh dengannya.
Kubah di markasnya pula adalah tempat mengurung roh orang jahat yang mati, manakala kawasan sekitar markasnya untuk orang baik yang mati.
Wan Mohamad berkata, pengikut ketua ajaran sesat itu pula terbukti bukan wali atau orang ghaib, selepas mereka ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dalam beberapa siri operasi JHEAT.
Malah, tiga daripada isteri Ayah Pin yang didakwa bukan manusia biasa sebaliknya Puteri Saadung, Gunung Ledang, Nanu dan Matahari, sudah ditahan dan menerima nasib sama seperti pengikut lain.
Seorang daripada mereka iaitu Nik Kamariah Nik Pa, 30-an juga pengsan seperti manusia biasa apabila mengalami tekanan ketika dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Besut, baru-baru ini.
Telaga air ‘zam-zam’ pula kononnya digalinya selepas mendapat wahyu dari langit, dan air itu boleh menyembuhkan penyakit selepas dijampi dan dibaca tujuh kali nama Ayah Pin.
Penggunaan bacaan sebanyak tujuh kali adalah ciplak Ariffin terhadap cara perubatan Islam apabila ayat suci al-Quran atau nama Nabi Muhamad disebut tujuh atau tiga kali sebelum memakan ubat atau meminum air.
Dia seolah-olah mahu menyamakan ajarannya dengan Islam bagi memudahkannya menarik pengikut Melayu yang beragama Islam, malah hanya mengubahnya dengan menggantikan ayat al-Quran atau nama nabi dengan dirinya sendiri.
Ariffin kini menjadi antara lelaki paling dikehendaki di negara ini, malah, pihak berkuasa merancang meletakkan nilai bagi sesiapa yang memberi maklumat mengenainya.
22 Ajaran Gila
-Kerajaan Langit milik Ariffin Mohamad (AM)
-AM boleh sembuhkan penyakit pengikutnya dengan meminum air telaga ‘zam-zam’ miliknya yang dijampi serta menyebut namanya tujuh kali.
-Binatang buas boleh tunduk kepada pengikut yang menyebut nama AM tujuh kali.
-Telaga ‘zam-zam’ digali selepas mendapat wahyu dari langit.
-AM ada keajaiban boleh sumpah seseorang menjadi batu.
-AM boleh melihat menembusi bukit-bukau.
-AM dapat tahu perkara yang orang lain tak tahu.
-AM boleh menjadikan orang tua menjadi muda.
-Wang yang diberi AM tidak habis walaupun dibelanjakan.
-AM boleh membawa pengikut yang rapat bertemu nenek moyang mereka setahun sekali.
-Penghuni markas Batu 13 adalah orang wali dan ghaib.
-Roh orang mati yang jahat akan dikurung di kubah di markas AM, manakala yang baik di sekitar markas.
-Pengikut AM yang rapat akan dihadiahkan seorang puteri.
-Isteri AM bukan manusia biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadung, Puteri Nanu dan Matahari.
-Pengikut perempuan yang cantik sekali akan diberitahu bahawa ‘tuhan’ (AM sendiri) mahu berjumpa dengannya seorang. Ia bertujuan untuk...
-Ada upacara pengampunan atau majlis terima taubat ahli dalam bilik yang tidak berbumbung supaya terkena cahaya bulan purnama dan bulan purnama ialah bulan paling sesuai untuk bertaubat. Ketika ini, pengikut lelaki akan berbaiah dengan ‘tuhan’ iaitu berjabat tangan dengannya. Pengikut perempuan mesti tanggalkan pakaian yang dirasakan AM tidak suci. Dan untuk mendapat lebih berkat, perlu bersetubuh dengan “tuhan’ (AM sendiri).
-Rasulullah tidak solat tetapi berzikir. Riwayat bahawa baginda bengkak di kaki kerana solat tidak benar, tetapi ia adalah kerana zikir.
-Anggap ajaran Islam susah seperti perlu berpuasa dan solat, sedangkan ajaran AM tidak perlu melakukan semua itu.
-AM mendakwa dirinya adalah manusia paling lama hidup dan adalah bapa segala manusia.
-Rukun Islam dan hukum syarak tidak ada kena-mengena dengan ‘Tuhan’ dan pergi ke Makkah untuk menunaikan haji adalah sia-sia.
-Semua perkara boleh dimakan termasuk yang diharamkan Islam.
-Ada proses nikah secara batin. Jika ada pengikut yang mempunyai anak perempuan yang cantik, AM akan memberitahu pengikutnya itu bahawa dia (AM) bersama anaknya dalam mimpi. Oleh itu, pengikut itu dikehendaki menyerahkan anaknya kepada AM. Malah, jika AM memberitahu pengikutnya bahawa dia bermimpi anak pengikutnya bersama seorang lelaki (pengikutnya), si bapa itu juga perlu menyerahkan anaknya kepada lelaki ‘bertuah’ itu.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

Langgan:
Catatan (Atom)